Thursday, August 5, 2010

...RABU 4 OGOS 2010...

...ASSALAMUALAIKUM...

Kelas pada hari Rabu bermula macam biasa...beza sikit jer sebab kelas kita bukan lagi di Galeri Seni tapi di Dewan SITC...walaupun mula agak lewat tapi masih banyak input yang kami perolehi melalui tunjuk ajar En Mail...kelas dimulakan dengan bacaan umul Kitab al Fatihah disusuri oleh ucapan pembukaan ringkas daripada Pengerusi kelab kita, Suffian...

...Kami didedahkan dengan banyak peralatan yang menarik...antaranya:

1) DIGITAL MIXER: satu kotak hitam yang agak besar...bahagian belakangnya ada tempat pasang channel input & output @ male & female...cara nak pasang mudah jer...perlu mengikut nombor yang dah pun dilekatkan di situ...tinggal cucuk jer...En Mail kata Digital Mixer ni la sebenarnya yang menyedapkan suara penyanyi tu...huhu...canggih sebenarnya benda nie..sebab boleh simpan banyak maklumat dalam memorinya...ada touch screen lagi...di sebelah tepinya ada Cd Player...individu yang jaga Digital Mixer ni kita panggil Sound Man with numbering...kenapa dia perlu tahu nombor - nombor ni???sebab senang dia nak adjust ape - ape yang berkaitan kat situ...kalau tak nanti kelam kabut la dia nak cari satu - satu kan...Digital Mixer nie juga dilengkapi dengan 48 channel...

2) SNAKE KABEL: kabel ular...kenapa letak nama ular bukan nama lain??sebabnya ia panjang macam ular...huhu...nak tau panjang mana???50m hingga 100m...panjangkan???panjang3...kabel ular ni ada banyak kepala yang mana kita panggilnya channel...sama ada 16 channel atau 24 channel...

3) CODELESS MICROPHONE: mikrofon tanpa wayar...tapi dalamnya dah dilengkapi dengan frekuensi...kita pakai receiver untuk connect...yang mana frekuensi mikrofon dan receiver tu perlu sama...pada mikrofon pun kita kena lekatkan nombor tau...senang untuk Sound Man adjust apa apa yang patut...

4) MICROPHONE STAND: kaki mikrofon tu...kenal kan3???...boleh pasang seelok - eloknya 45darjah...macam mana nak pasang???ia ada skru kekunci...buka skru tu sama ada mengikut ketinggian individu atau alat muzik...

5) SPEAKER EMPLIFIRE

6) SPEAKER MONITOR

7) SPEAKER HOLDER

Banyak lagi sebenarnya nak kena faham tentang alatan nie...rabu depan akan ada praktikal...macam mana nak pasang semua tu...buat yang terbaik untuk semua...

Norsuhada bt Mohd Zawawi
Blogger Rabu

Tuesday, July 27, 2010


DARI BILIK GERAKAN U-TECH , 27hb Julai 2010: Syukur kehadrat ilahi kerana limpah kurniaNya dan inayahNya Kelab U-TECH berjaya menunjukkan perkembangan yang memberasangkan. Jutaan terima kasih kepada Penaung kelab En Nurfaizal Fariz Bin Sahdan, En. Mohd Ismail Bin Mohd Zin selaku penasihat dan Azrul Bin Abdullah sebagai penolong penasihat yang banyak memberikan garis panduan hala tuju kelab dan merancang pelbagai aktiviti U-TECH . Titipan rasa tahniah juga di tujukan kepada Ahli Majlis Tertinggi yang telah di beri mandat dalam menerajui U-tech sepanjang semester ini.

Berikut merupakan barisan Majlis Tertinggi U-Tech pada semester ini :


PENGERUSI : MOHD SUFFYAN BIN MOHD DAIM
N/PENGERUSI : MUHD. BADRUL HISHAM BIN AB HALIM
SETIAUSAHA : NOR FAIZURA BT MURAD
N/ SETIAUSAHA : NOR FAIZURA BT AHMAD
BENDAHARI : NORAINI BT MOHD SOBARI
N/ BENDAHARI : SITI ZAHARAH BT OSMAN


EXCO PDI : MOHD FIRDAUS BIN YUSOP

NASRULLAH BIN ABD RAHMAN


E/ PERALATAN : ASMAN BIN BARHAUDIN

MOHD SOLAHUDDIN BIN YOB@AYOB


E/ AKTIVITI & : SHAHRIN AZWAN BIN MOKHTER

LATIHAN MOHD SHAH AZWAN BIN SELAMAT


TUGAS2 KHAS : TUAN MOHD NASSERUDDIN BIN TUAN HUSSAIN

SYED MUHAMMAD BIN SYED MOHD ZAINAL AL- ABIDIN

Monday, July 26, 2010

salam pengenalan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

blog u_techupsigroup ditubuhkan bertujuan untuk memberi infomasi terkini mengenai aktiviti dan sebarang maklumat berkenaan kelab teknikal (u_tech)

blog ini dikendalikan di bawah exco PDI

diharapkan blog ini dapat menjadi pemudahcara dalam sebarang aktiviti dan mampu menjadi sebaran maklumat kepada seluruh ahli kelab khasnya dan kepada masyarakat amnya...

SEKIAN,
HARAP MAKLUM,

ahli PDI Nor Azila Bt Abd Goni...